MAHABBAH (CINTA) KEPADA NABI MUHAMMAD

Bismillahirrahmanirrahim...

Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan . Lalu dia bertanya,"Siapakah engkau?" . Makhluk itu menjawab, "Akulah amalmu yang buruk". Lelaki itu bertanya,"Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?, "Makhluk itu menjawab, "Dengan membaca selawat Nabi S.A.W."
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.
Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi S.A.W. Pada suatu malam,dia bermimpi melihat Nabi S.A.W. BAginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah menjawab, "Tidak," Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak memandangku?" Kata Rasulullah,"kerana aku tidak kenal kamu. Lalu lelaki itu berkata,"Bagaimana engkau tidak mengenaliku?Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah menyatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya." Rasulullah berkata, "Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku." Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat RAsulullah S.A.W seraya Rasulullah S.A.W berkata, "Sekarang aku telah kenal engkau." Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah S.A.W. Ketika RAsulullah S.A.W mengajak Kaab bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, " Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah. Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya:
"Katakanlah:Jika kamu mengasihi Allah,ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
                                                                                                                      (Q.S. Al-Imran:31)
Tanda menyintai Allah adalah mengikuti  perintah-perintahNYa,mendahulukan taat kepadaNya,mencari redhaNYa.Adapun cinta Allah kepada hambaNya yang mukmin bererti memuji mereka,memberi pahala kepada mereka,mengapuni mereka serta member nikmat kepada mereka dengan rahmat,penjagaan dan taufiqNya.
Barangsiapa mengaku empat hal tanpa bukti empat hal,pengakuannya adalah dusta.Barangsiapa mengaku cinta Syurga,namun tidak taat,jelas dia bohong.Siapa mengaku cinta Nabi S.A.W,namun tidak  menyukai ulama dan fuqara,maka perbuatannya tidak benar. Lalu barangsiapa  mengaku takut akan Neraka,tetapi tidak meninggalkan maksiat,tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah S.W.T padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala,maka pengakuannya adalah bohong.Sebagaimana Rabi'ah pernah bersyair:

Engkau derhaka.
Tapi mengaku cinta padaNya,
Inilah keanehan zamanku,
Jika benar engkau cinta,
Tentulah mentaatiNya,
Selalu.
Pencinta akan taat pada kekasihnya!

Tanda mahabbah adalah mengikuti yang dicintai dan tidak akan menentangnya.
Diceritakan bahawa ada sekumpulan orang datang kepada Asy Syibli ra. Dia berkata,"Siapa kalian?" Mereka menjawab, " Kamilah para pencinta tuan." Dia menghadap kemudian ia melempari mereka dengan batu. Tentu saja mereka lari lintang pukang. Lalu Asy Syibli berkata, "Mengapa engkau lari daripadaku? Jika engkau benar menyintaiku,tentunya tidak lari dari ujianku." Kemudian Asy Syibli ra berkata, "Ahli amhabbah,mereka telah minum gelas cinta. Maka bumi dan negeri ini kelihatan sempit. Dan mereka sungguh makrifat kepada Allah. MAbuk dalam keagunganNYa. Berlalu lalang dalam kekuasaannya. Mereka sedap bercumbu dan bermunajat kepadaNya." Setelah itu Asy syibli bersyair:
Kata cinta wahai Tuhanku,
Memabukkan.
Pernah engkau lihat.
Kekasih sejati tidak mabuk kepayang.

Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mah

Kecintaan kepada nabi bagian dari akidah seorang muslim

Tidak suatu jalan menuju surga kecuali rasulullah telah menunjukan jalan yang lurus

Tidak suatu jalan keneraka kecuali nabi telah menunjukan jalan

Cinta kepada nabi adalah kewajiban dan bukan pilihan

Allah SWT berfirman :

Katakan jikalau bapa kalian anak kalian dan harta yang kalian senangi hingga  cintanya kepada nabi melebihi itu semua maka tunggulah
Indikasi cinta kpd nabi ;
1.Menolong beliau pd saat hidup
2.Membela sunnah rasulullah setelah wafatnya raaulullah
3.Menghidupkan sunnah dgn bangga
4. Semangat untuk bersama
5. Melaksanakan perintahnya
6. Kesungguhan untuk menyampaikan sunnahnya kepada manusia
7. Kita tdk pernah ridho ketika dicela nmanya
8. Perbanyak syalawat kpd nabi
9. Menjauhi perkara bi'dah
10. Mencintai keluarga nabi
11. Beradab kpd nabi SAW
Allahu mustaan

Taklim ust. Saebani mujiono,Lc
Mesjid Dpp - Antang

MAHABBAH (CINTA) KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Komentar